200 Players Participate In UPM Sepak Takraw Championship 2019 | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » 200 Players Participate in UPM Sepak Takraw Championship 2019

200 Players Participate in UPM Sepak Takraw Championship 2019

200 Peserta Gegarkan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Bakat Baru UPM 2019

 

 

 

SERDANG 27 April, - Seramai 200 orang peserta sepak takraw dari seluruh pelosok Malaysia telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Bakat Baru UPM 2019 anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Kursus Kokurikulum Berkredit (QKS2109) di Pusat Sukan UPM. Kejohanan ini dijalankan dengan kerjasama beberapa pihak iaitu Persatuan Sepak Takraw Hulu Langat (KRISTAL) , Gajah Emas Industries dan Pusat Sukan UPM.

 

Kejohanan Sepak Takraw ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar terlibat menimba pengalaman menguruskan kejohanan besar. Selain itu, kejohanan ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar UPM dalam merancang dan mengurus tadbir sesuatu kejohanan.

 

Pengarah Program Kejohanan, Muhammad Hafiz Hakimi Bin Jamil mengakui pengajuran kejohanan tersebut mencapai objektif apabila berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang masalah.

 

“Kejohanan ini merupakan salah satu daripada projek Kursus Kokurikulum yang kami ikuti dan salah satu objektif penganjuran adalah untuk memberi peluang kepada pelajar terlibat menimba pengalaman menguruskan kejohanan besar”.

 

“Saya fikir kejohanan hari ini (semalam) boleh dianggap berlansung dengan jayanya apabila mampu menarik pasukan-pasukan sepak takraw di seluruh negeri Selangor,” katanya ketika ditemui semalam.

 

Karnival sukan ini dirasmikan oleh Encik Eddy Shahriza Bin Jamein selaku fasilitator pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit (QKS2109).

 

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di sebelah malam, pasukan Bentara memastikan gelaran juara menjadi milik mereka apabila memenangi 2-0 ke atas pasukan SIX Z ‘A’.

 

Juara telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM700, sementara naib juara meraih wang tunai RM400.

Date of Input: 13/05/2019 | Updated: 13/05/2019 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558
03 8946 7280
C1575842693