30 STUDENTS PARTICIPATE BRAIN GYM PROGRAM | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » 30 STUDENTS PARTICIPATE BRAIN GYM PROGRAM

30 STUDENTS PARTICIPATE BRAIN GYM PROGRAM

30 MAHASISWA MEMERIAHKAN PROGRAM BRAIN GYM DI SMK LA SALLE

Oleh: Nur Amirah

KLANG, 4 Mei 2019 – Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang terdiri daripada 2 Kursus Seni Penghujahan QKT 2101 telah mengadakan program “Brain Gym” dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle di sini. Pelajar-pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 di sekolah berkenaan. Seramai 30 orang pelajar dari Universiti Putra Malaysia telah terlibat dalam menganjurkan program ini.

Objektif program yang dianjurkan ini adalah untuk mewujudkan dan menanam nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar terutama untuk melaksanakan sesuatu program. Seterusnya, program ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar untuk meyampaikan pengucapan awam  dengan teknik yang berhemah.Usaha yang dilakukan daripada pihak UPM adalah sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar berdaya saing bukan dari segi kokurikulum sahaja, malah dari segi seni penghujahan yang sebenarnya dapat membantu diri mereka menonjolkan diri seterusnya melahirkan bakat yang mampu mengubah persepsi masyarakat.

Pengarah bagi program ini iaitu Muhammad Farhan bin Roslan berkata, ilmu seni penghujahan ini amat penting apabila para pelajar apabila berada di luar kelak. Ilmu ini mampu menarik perhatian orang dan memberi perbezaan kepada seseorang dengan seseorang yang lain. Justeru itu, cetusan program ini adalah membentuk mereka yang biasa menjadi luar biasa, katanya.

Usaha ini dilakukan adalah untuk mengurangkan rasa takut para pelajar untuk berdiri di hadapan malah mampu bercakap dengan cara yang betul dan berada di platform yang betul. Seperti yang kita sedia maklum, zaman kini amatlah berbeza berbanding zaman dahulu. Segalanya berada pada hujung jari. Oleh itu, ramai dalam kalangan kita yang selalu terlepas pandang dalam hal ini. Oleh itu, program ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan dalam menyuarakan pendapat serta idea dengan betul.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, dan ibu bapa sendiri dalam memupuk dan memartabatkan seni penghujahan. Turut bersama dalam program ini iaitu Encik Punnithnan Subramaniam sebagai fasilitator dan juga yang Puan Nizam Beevi Ramatullah merupakan wakil pengetua bagi Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle. Kami juga dikunjungi Puan Latifah Amir yang merupakan seorang pegawai pemantau di Universiti Putra Malaysia.

Date of Input: 29/05/2019 | Updated: 29/05/2019 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558
03 8946 7280
C1568571490