ADVENTURES BY PUBLIC TRANSPORT (BUS / TRAIN) 1000km FROM UPM TO PADANG BESAR, PERLIS | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » ADVENTURES BY PUBLIC TRANSPORT (BUS / TRAIN) 1000km FROM UPM TO PADANG BESAR, PERLIS

ADVENTURES BY PUBLIC TRANSPORT (BUS / TRAIN) 1000km FROM UPM TO PADANG BESAR, PERLIS

PENGEMBARAAN BERKENDERAAN AWAM (BAS/KERETAPI) SEJAUH 1000KM BERJAYA DILAKSANAKAN OLEH KELANASISWA, DAERAH UPM KE PADANG BESAR, PERLIS

Oleh: Nur Liyana Binti Mohd Safawi

PADANG BESAR, Perlis 15 Februari 2020 – Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Daerah UPM melalui Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia yang pertama kalinya menganjurkan ekpedisi 1000km berpengangkutan awam ke Padang Besar, Perlis telah disambut oleh beberapa ahli pengakap kelana dari Majlis Pengakap Kelana Negeri Perlis serta beberapa ahli pengakap Negeri Perlis yang terdiri daripada Chief State Commissioner (CSC), Assistant State Commissioner (ASC)/ Pengerusi Program, Assistant State Commissioner Unit Pengakap Kelana, District Commissioner (DC) Perlis Utara dan beberapa ASC-ASC yang hadir.

Seramai 35 ahli Pengakap Kelanasiswa IV (Semester 4) Daerah UPM bersama 3 jurulatih terdiri daripada Mr.koo Hong Kiong, Mohd Hafize bin Mansor dan Norhisham bin Mohd Nasir yang merupakan Fasilitator kursus Koko Berkredit UPM bersama-sama menjalankan salah satu aktiviti pengembaraan iaitu berkenderaan awam (bas/keretapi) sejauh 1000km bagi menggalakkan semua ahli pengakap kelanasiswa UPM  mempelajari asas-asas pengembaraan dan memperoleh tabiat berdikari, berkerjasama dalam satu pasukan, patuh arahan, khidmat komuniti tempat-tempat yang dilalui, cekal serta dapat mengukur daya tahan fizikal dan mental dan menjalankan tugas-tugasnya dengan seberapa daya upaya yang boleh. Aktiviti pengembaraan ini adalah untuk melengkapkan salah satu ujian untuk mendapat Lencana Pengembaraan sebagai mana yang diperuntukkan dalam Skim Latihan  Pengakap Kelana dalam menuju kearah ujian Penilaian Anugerah B-P bagi Pengakap Kelana.

“Ini adalah pertama kalinya ahli pengakap Kelanasiswa UPM menjalankan ekpedisi sejauh 1,000km sebelum ini hanya berjalan kaki sejauh 60km. Oleh itu, ahli pengakap Kelanasiswa UPM mampu melakukan aktiviti pengembaraan ini” kata Encik Norhisham Bin Mohd Nasir, sesi pengambaraan di destinasi terakhir ekspedisi iaitu SK Padang Besar (U), Padang Besar.

Antara lokasi yang disinggahi sepanjang ekpedisi tiga hari dua malam tersebut adalah di SMK Kuala Kubu Bharu (bermalam), Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tugasan) dan SK Padang Besar Utara (bermalam) dimana ahli pengakap kelanasiswa UPM dapat mempelajari sejarah tempat-tempat yang dilawati sepanjang pengembaraan ini serta  juga membawa imej universiti sepanjang program yang dijalankan.

Date of Input: 05/03/2020 | Updated: 05/03/2020 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558
03 8946 7280
C1597302462