'PROGRAM SEMARAK KASIH' With Community | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » 'PROGRAM SEMARAK KASIH' with community

'PROGRAM SEMARAK KASIH' with community

PROGRAM SEMARAK KASIH BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG RINCHING HILIR BANGI

Oleh: Nur Alfisyahr Binti Abdul Manaf

BANGI – Kira – kira 500 orang termasuk pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembagunan Pelajar dan penduduk kampung Rinching Hilir Bangi, guru-guru sekolah Kebangsaan Rinching Hilir Bangi dan ibu bapa dan pelajar tahap 2 menyertai Program Semarak Kasih Bersama Komuniti Kampung Rinching Hilir di sini.

Ia antara lain bertujuan meningkatkan semangat kerjasama antara pelajar Batik Canting (QKH 2103) Kumpulan 1 dan 2 dalam mengendalikan program yang melibatkan komuniti dan bagi mewujudkan keharmonian dan hubungan yang erat antara pelajar Universiti dan masyarat komuniti masyarat luar.

Program aktiviti yang dijalan secara bersiri iaitu 1. Persediaan lukisan Mural di dinding Sekolah, Siri 2: mencanting Batik penduduk kampug, guru- guru  dan kakitangan sekolah manakala siri ke 3 adalah membuat teknik ikat celup Batik murid- murid tahap 2.

Program Semarak kasih bersma Komuniti Kampung Rinching Hilir juga merangkumi pelbagai aktiviti sampingan antaranya membersihkan sekitar kawasan sekolah, acara sukeneka bersama komuniti  dan teknik mempelajari mempertahankan diri dari kumpulan silat Fatani Malaysia yang dianjurkan oleh Sekolah kebangsaan Rinching Hilir.

Majlis dirasmikan Prof. Madya Dr. Nur Izura Binti Udzir, Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM. Ia turut dihadiri Tuan Haji Abd Malek bin Haji  Ridzwan (Ketua Kampung Rinching Hilir) serta Puan Sofiah binti Adnan (Guru Besar, Sekolah Kebangsaaan Rinching Hilir).

Yang berbahagia Dr. Nur Izura dalam ucapanya berharap pelajar- pelajar UPM terutamanya memberi fokus terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan semangat kekitaan di kalangan komuniti melalui pelbagai peringat umur melalui aktiviti seperti ini di setiap semester. Sementara itu, nasihat dan pencentus kata- kata semangat di kongsikan sejak awal penglibatan dunia pengajaran beliau sehingga kini adalah ‘hidup biarlah berbakti’ adalah kunci kejayaan yang di kecapainya harini.

Program ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pelajar Universiti tentang meningkatkan kemahiran insaniah pelajar- pelajar  Universiti menimba pengalaman baru yang dalam penglibatkan aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti ketika berada di alam perkerjaan kela

Date of Input: 10/06/2019 | Updated: 10/06/2019 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558
03 8946 7280
C1568571611