UPM Students Explore The Marine World | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » UPM students explore the marine world

UPM students explore the marine world

Mahasiswa UPM meneroka dunia marin

Oleh: Tan Zi Yan

PULAU TIOMAN 3 APRIL — Aktiviti selam scuba merupakan salah satu aktiviti yang ekstrem malah juga merbahaya jikalau tidak dilakukan dengan betul. Sekumpulan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan sebuah program CONSERVATION OF CORAL AND DIVE LICENSE CORAL 2.0 yang dianjurkan oleh Kelas Kokurikulum Asas Selam Skuba QKS2123 dengan kerjasama kelab skuba UPM. Anjuran ini merupakan sebuah ‘Mega Projek’ bagi kelas tersebut. Projek sedemikian wajib dijalankan bagi semua kelas kokurikulum. UPM merupakan universiti yang menawarkan Asas Selam Skuba dalam senarai pembelajaran kokurikulum.

        Sebelum memulakan sesuatu perjalanan haruslah kita menyediakan bekalan yang mencukupi, bak pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”. Para pelajar berkumpul terlebih dahulu di Pusat Kokurikulum UPM untuk memastikan peralatan yang hendak di bawa ke Pulau Tioman lengkap. Setelah 7 jam perjalanan daripada UPM ke Jeti Tanjong Gemok maka para peserta pun menunaikan solat Subuh. Setelah tiba di Pulau Tioman, para pelajar dan fasilitator (En. Samir Muhazzab bin Amin) terus masuk menginap di Salang Pusaka Resort dan bersarapan pagi. Pada hari yang sama, para pelajar telah diberikan taklimat keselamatan tentang cara mengendalikan alatan scuba agar tidak berlakunya perkara yang tidak diingini. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan bagi memudahkan aliran program. 

        Pada waktu tengah hari para peserta telah melakukan aktiviti selaman yang pertama dengan kedalaman 6 meter, di mana mereka diarahkan oleh para pelatih selam skuba untuk melakukan aktiviti asas skuba seperti “mask clearing”,“regulator recovery”, “alternate water air sharing”,  “finning and divert” dan “regulator remove and replace”.  Waktu malam pula, peserta berkumpul di Pusat Selam untuk mempelajari teknik asas keselamatan dan teknik selaman skuba yang betul bagi menyediakan mereka untuk peperiksaan kursus selam skuba yang bakal dilakukan keesokan harinya.  Manakala, pelajar yang mengambil “Advanced Open Water Diving License” pula bergerak ke laut untuk ‘night dive’.

        Hari berikutnya, para peserta melakukan selaman yang kedua selama satu jam dengan kedalaman 10 meter. Aktiviti asas dilakukan seperti “BCD remove and replace”,”weight removal and replacement” dan “finning”. Pada waktu petang pula, selaman yang ketiga dilakukan dengan aktiviti menguji keupayaan peserta menyelam di kawasan batu  karang dan melakukan “Controlled Emergency Swimming Ascent (CESA)”. Taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan pada sebelah petang juga telah disampaikan oleh fasilitator. Selepas kumpulan yang pertama menamatkan selaman, kumpulan kedua melakukan aktiviti selaman yang terakhir sebelum mendapatkan lesen Professional Association of Diving Instructors (PADI). Selepas itu, aktiviti dilanjutkan dengan pemeriksaan tentang kefahaman peserta melalui aktiviti selaman 1 dan selaman 2 oleh pakar penyelam. Proses ini merupakan pemeriksaan terakhir untuk memastikan peserta layak mendapatkan lesen skuba. Para peserta diberi rehat setelah aktiviti selesai.

        Pada hari terakhir, para peserta dan fasilitator telah mengadakan gotong-royong di sekitar kawasan pantai dan kawasan kampung Salang di mana mereka mengutip sampah sarap seperti botol dan plastic yang dibuang merata oleh pengunjung. Ini bukan sahaja mencemarkan permandangan malah merbahaya bagi ekosistem laut kerana terdapat banyak kes yang melibatkan hidupan laut tercekik cebisan plastik. Sebelum berkunjung balik ke UPM, para peserta telah berkesempatan untuk mengambil gambar kenangan mereka bersama pelatih selam scuba. Maka berakhirlah “Program Conservation Of Coral And Dive License Coral 2.0 “yang bertempat di Kampung Salang , Pulau Tioman selama 3 hari 2 malam dengan jayanya. Program ini dapat memberi pendedahan yang mendalam kepada pelajar tentang kepentingan kehidupan marin kepada kita serta meningkatkan daya keyakinan diri dengan melakukan aktiviti selam skuba.

Date of Input: 13/05/2019 | Updated: 13/05/2019 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558
03 8946 7280
C1575997115