Veteren DOA Won The 7s UPM 2019 Invitation Football Tournament | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » Veteren DOA won the 7s UPM 2019 invitation football tournament

Veteren DOA won the 7s UPM 2019 invitation football tournament

Oleh : deeja

SERDANG 27 april 2019, - Bertempat di padang bola sepak CIMB UPM, telah diadakan satu kejohanan liga bola sepak 7 sebelah jemputan UPM. Kejohanan ini telah di anjurkan oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama pusat sukan UPM.

             Penganjuran buat kali pertama untuk bola sepak 7 sebelah ini telah disertai oleh 10 team yang kebanyakkan adalah pasukan -pasukan dari sekitar berhampiran dengan upm. Antara pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan ini adalah dari Indonesia, Bangladesh, Yamen, DOA (jabatan pertanian Serdang), LH OTAI (sepang), LPfc ( Puchong), masterfive (Damansara)

             Kejohanan ini telah telah menawarkan hadiah berupa wang tunai,piala pusingan dan juga piala iringan. Pada peringkat awal, pasukan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan johan dan naib johan kumpulan akan bermain di peringkat kalah singkir.

             Pada kejohanan kali ini, pasukan DOA Serdang  telah menjuarai kejohanan ini dengan mengalahkan pasukan Masterfive melalui tendangan penalty setelah keputusan terikat 1-1.

             Hasil dari penganjuran pertandingan ini, pelajar telah mendapat satu pengalaman yang amat berguna untuk digunakan pada masa depan. Antara pengalaman yang diperolehi adalah membuat perancangan, mesyuarat, mencari pasukan, mencari penaja. Sepanjang aktiviti ini juga pelajar terlibat secara langsung dari mula sampai akhir program. Komitmen pelajar terhadap program ini sungguh memuaskan hati fasilitator dan juga pihak koko UPM.

Date of Input: 27/05/2019 | Updated: 27/05/2019 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558
03 8946 7280
C1575993195