SOALAN LAZIM | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Umum
1
Di manakah lokasi Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM?

Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar terletak di Kompleks Mahasiswa A, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor. Koordinat Google Maps: 2.9991604, 101.7142021 

2
Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM?

Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam pembangunan pelajar terutama dalam aspek pembangunan kemahiran insaniah. Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan sila rujuk bahagian PERKHIDMATAN di laman portal kami.


Kokurikulum Berkredit
3
Apakah taraf bagi Kursus Kokurikulum Berkredit?

Taraf bagi Kursus Kokurikulum Berkredit adalah YW.

4
Adakah pelajar dibenarkan memperoleh pengecualian kursus bagi Kursus Kokurikulum Berkredit?

Pihak Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM akan membuat pertimbangan berkenaan kelayakan pelajar mendapatkan pengecualian kursus tersebut berdasarkan syarat dan peraturan yang telah dikeluarkan oleh pihak universiti. Untuk tatacara dan prosedur permohonan pengecualian kursus, pelajar boleh merujuk kepada Penasihat Akademik, Fakulti atau Bahagian Akademik, UPM.


Kursus Permulaan Graduan
5
Apakah tujuan Kursus Permulaan Graduan diadakan?

Kursus Permulaan Graduan atau lebih dikenali sebagai Starting School adalah program pertama pembangunan kemahiran insaniah yang diberikan kepada pelajar-pelajar baharu UPM. Kursus ini sebagai persediaan awal bagi pelajar-pelajar baharu mengadaptasikan diri dengan persekitaran dan cara hidup di kampus.

6
Bila dan berapa lamakah pelajar perlu mengikuti kursus ini?

Kursus ini akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad minggu pertama hingga minggu ketiga setiap sesi baharu bermula. Semua pelajar baharu perlu menghadiri kursus ini dengan jayanya selama 8 jam bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

7
Bagaimanakah pelajar baharu boleh mendaftar kursus ini?

Pihak fakulti telah memasukkan nama pelajar baharu secara automatik dalam kursus ini. Sebarang kemusykilan, boleh berhubung terus dengan pegawai fakulti yang dilantik menjadi pegawai penyelaras atau berhubung terus dengan pihak Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar.


Kursus Ketrampilan Graduan
8
Apakah tujuan Kursus Ketrampilan Graduan diadakan?

Kursus Ketrampilan Graduan ini merupakan langkah proaktif Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM dalam mempersiapkan bakal graduan UPM untuk memasuki dunia pekerjaan setelah bergraduat kelak. Kursus pemantapan kemahiran insaniah yang dirangka berteraskan pembangunan imej dan personaliti serta pemantapan kerjaya. Kursus ini perlu dihadiri oleh pelajar tahun atau semester akhir.

9
Bila dan berapa lamakah pelajar perlu mengikuti kursus ini?

Latihan pemantapan kerjaya kepada bakal graduan UPM ini akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad pada setiap semester secara berperingkat-peringkat. Semua bakal graduan digalakkan menghadiri kursus ini dengan jayanya selama dua hari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

10
Bagaimanakah pelajar boleh mendaftar kursus ini?

Pelajar perlu datang ke pejabat Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar dan memasukkan maklumat di dalam komputer yang disediakan. Pelajar akan dimaklumkan tarikh pendaftaran kursus melalui surat dan poster yang dihantar ke kolej kediaman, fakulti, laman Putra HotSpot, papan kenyataan, laman portal dan juga laman Facebook Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar.

Kemaskini:: 13/02/2019 [hairulnizam]

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558
03 8946 7280
B1566589190