PENGAMBILAN FASILITATOR PROGRAM PUTRA SUKSES 2018 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
PENGAMBILAN FASILITATOR PROGRAM PUTRA SUKSES 2018

IKLAN PERMOHONAN SEBAGAI FASILITATOR PROGRAM PUTRA SUCCESS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PELAJAR BAHARU SESI 2018/2019

 

 

Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Universiti Putra Malaysia berhasrat mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi untuk memohon kekosongan jawatan sebagai fasilitator Program Putra Success (menggantikan kursus Starting School) seperti syarat berikut:-

 

                       

SYARAT LANTIKAN

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Staf Universiti Putra Malaysia (UPM) (Gred 41 ke atas).
  • Berumur TIDAK LEBIH 60 tahun pada tarikh tutup iklan.
  1. Mendapat kelulusan daripada Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ).
  2. Fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

(Program akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya).

  1. Keutamaan akan diberikan kepada pensyarah/tenaga pengajar dan yang mempunyai pengalaman sebagai penceramah/fasilitator.

 

 

RINGKASAN TUGAS

 

Bertanggungjawab memberi bimbingan kepada pelajar dalam bentuk latihan dalam kumpulan (LDK) sepenuhnya dalam BAHASA INGGERIS dengan pendekatan 70% praktikal dan 30% teori. Membimbing pelajar-pelajar melalui lontaran idea perbincangan dan aktiviti berkumpulan. Fasilitator juga bertanggungjawab menggilap kemahiran insaniah atau ’softskill’ pelajar pada peringkat awal di menara gading.

 

 

CARA MEMOHON

 

Permohonan hendaklah dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan di laman web www.pkk.upm.edu.my. Permohonan yang hendaklah dihantar ke alamat berikut:

 

Pengarah

Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

SELANGOR DARUL EHSAN.

(u/p: Puan Rosiha Abdul Razak)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERATURAN MEMOHON

  1. Semua permohonan daripada pegawai hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan.

 

  1. Borang Permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik (calon baharu) serta sekeping gambar berukuran pasport.

 

 

PERINGATAN PENTING

 

  1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat yang dinyatakan.

 

  1. Borang Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon tidak akan dilayan.

 

  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk mengikuti Bengkel/Taklimat ‘Training of Trainers’ atau T.O.T.

 

  1. Kursus ini akan dijalankan pada 6 September 2018 (kemasukan pelajar baharu sesi 2018/2019).

 

  1. Permohonan yang tidak menerima apa-apa maklum balas dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

 

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN20 Julai 2018 (Jumaat)

Kemaskini:: 09/07/2018 [hairulnizam]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558
03 8946 7280
B1566589663