63 Students From The Agricultural Faculty Tested Their Skills In Inovasi Tani Competition | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » 63 students from the Agricultural Faculty tested their skills in Inovasi Tani competition

63 students from the Agricultural Faculty tested their skills in Inovasi Tani competition

63 pelajar Fakulti Pertanian uji kemahiran dalam Pertandingan Inovasi Tani

SERDANG - Pertandingan Inovasi Tani sempena Karnival Inovasi Tani anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar menggabungkan tiga kumpulan kokurikulum berkredit iaitu dua kumpulan Pengurusan Taman dan satu kumpulan Inovasi dan Reka Cipta serta Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menjadi platform kepada peserta untuk menunjukkan kemampuan mereka cipta dan menghasilkan rekaan baharu dalam bidang pertanian.

Objektif Pertandingan Inovasi Tani diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran membuat penyelidikan serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan produk tani seterusnya mewujudkan titik fokus bagi pembangunan dan penggalakan budaya reka cipta dan inovasi tani dalam usaha membangunkan produk reka cipta inovasi yang kompetitif dan mempunyai nilai komersial.

Sebahagian peserta bergambar dengan pihak juri selepas pertandingan. (FOTO UPM)

Pertandingan ini disertai 63 orang pelajar yang berdaya inovasi tinggi membentuk sembilan buah kumpulan, dan diadili berdasarkan beberapa aspek termasuk kemahiran menyampaikan maklumat, status prototaip dokumentasi projek dan potensi pengkomersialan inovasi tersebut.

Pertandingan dinilai juri khas iaitu Dr. Shairul Izan Ramlee dan Dr. Syari Jamian dari Fakulti Pertanian UPM yang merupakan pakar dalam bidang pertanian dan pengkomersialan produk tani.

Prototaip dan poster yang telah dibentangkan seterusnya dipamerkan semasa Karnival Inovasi Tani yang dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar sebagai salah sebuah aktiviti utama dalam karnival ini di samping Larian Kesedaran Karnival Inovasi Tani dan gerai jualan

Wakil kumpulan yang menjuarai pertandingan menerima hadiah berupa hamper dan wang tunai. (FOTO UPM)

Che Wan Muhammad Luqman, selaku ketua kursus kokurikulum berkredit bagi teras Inovasi dan Reka Cipta dan juga salah seorang peserta Pertandingan Inovasi Tani, berkata, melalui pertandingan ini, boleh melihat potensi pelajar dalam inovasi yang boleh menjadi nilai tambah kepada melalui kelas kokurikulum berkredit yang diadakan setiap hari Sabtu sebagai kursus wajib kepada semua siswazah universiti.

“Pertandingan ini telak memupuk kreativiti para pelajar dalam penghasilan poster dan prototaip menggunakan barangan kitar semula serta membantu menaikkan keyakinan diri peserta dalam komunikasi melalui interaksi antara peserta dan pengunjung dan hal ini jelas dapat membantu peserta mempelajari cara komunikasi yang bersesuaian dengan komuniti.

Wakil setiap kumpulan bergambar bersama fasilitator selepas penyampaian hadiah. (FOTO UPM)

“Pertandingan Inovasi Tani ini juga mampu memberi pendedahan dan mendidik para pelajar dan orang luar akan kepentingan daya inovasi dalam meningkatkan nilai komersial inovasi tani seterusnya secara tidak langsung membantu memajukan ekonomi negara.

“Program ini juga adalah sebahagian daripada penilaian kepada pelajar-pelajar UPM bagi kursus kokurikulum berkredit di bawah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM yang memfokuskan kepada pembentukan dan pembangunan kemahiran insaniah kepada para pelajar sebagai nilai tambah yang ditekankan di universiti," jelasnya.

Program ini dilaksanakan sepenuhnya pelajar-pelajar di bawah bimbingan tiga orang fasilitator Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM iaitu Hafliza Hussin, Yusriza Yusof dan Tengku Azzuan Syah Tengku Muhammad.

Date of Input: 22/01/2019 | Updated: 22/01/2019 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558
03 8946 7280
C1575995053