SayNo2Zina: The Right Step Is Taken By The Government | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » SayNo2Zina: The right step is taken by the government

SayNo2Zina: The right step is taken by the government

SayNo2Zina: Langkah tepat diambil kerajaan

Dr Nur Izura Udzir
 

 

SHAH ALAM - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Hal Ehwal Wanita (Salwa) Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menegaskan zina atau pelakuan seks luar nikah adalah bertentangan dengan ajaran agama dan moral budaya timur.

 

Naib Presiden Salwa Wadah Prof Madya Dr Nur Izura Udzir berkata, jadi kempen SayNo2Zina #JagaDiri #StayAbstinent yang digerakkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) merupakan langkah tepat diambil kerajaan bagi menangani masalah gejala sosial yang semakin berleluasa hari ini.

Katanya, meskipun perbuatan tersebut diterima dalam sesetengan budaya moden masa kini namun tidak boleh dinafikan penolakannya dalam ajaran agama dan moral kerana ia boleh menggugat keharmonian masyarakat, boleh membawa kepada keruntuhan institusi keluarga, keruntuhan akhlak serta maruah manusia.

 

“Lebih membimbangkan pada zaman teknologi dan Internet kini, masyarakat lebih mudah terdedah kepada zina apabila gambar, video, filem dan bahan yang membangkitkan nafsu syahwat seperti bahan pornografi amat mudah dicapai melalui Internet dan peranti gajet.

“Jadi Salwa Wadah melihat gejala ini dapat dibendung bukan sahaja dengan memberi pengetahuan dan pendidikan tentang kesihatan reproduksi serta pendidikan tentang kepentingan abstinens (pencegahan) kepada remaja, tetapi juga memerlukan peranserta (partisipasi) ibu bapa dan komuniti, dengan memberi kesedaran, panduan keibubapaan berkaitan isu ini serta langkah-langkah pemantauan dan pencegahan,” katanya.

 

 

 

Salwa Wadah sebelum ini turut mengadakan kempen serupa yang dinamakan Sekeluarga Tolak Pornografi (Stop).

Berkongsi pandangan sama, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, kempen SayNo2Zina merupakan inisiatif pencegahan yang wajar dan menyeluruh untuk mencegah seks luar nikah khususnya dalam kalangan remaja.

“Meskipun usaha kempen ini berfokus kepada remaja, Ikram melihat usaha ini sebagai salah satu langkah pencegahan yang melibatkan pelbagai pihak dalam memelihara nilai individu dan masyarakat seluruhnya.

“Ikram percaya isu ini kritikal dan boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan serta mengancam kesejahteraan sosial, jka tidak ditangani secara yang menyeluruh,” katanya.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad

Sebelum ini, beberapa NGO menentang kempen tersebut sambil menjelaskan kempeniitu tidak mendasari isu berkenaan.

NGO bekrenaan turut menyaran kerajaan memperkenalkan pendidikan mengenai konsep persetujuan dan paksaaan dalam seksualiti dan ekspresinya.

Date of Input: 28/01/2019 | Updated: 28/01/2019 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558
03 8946 7280
C1575993386