Universiti Putra Malaysia In The International Relations Team (IRT) | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » Universiti Putra Malaysia in the International Relations Team (IRT)

Universiti Putra Malaysia in the International Relations Team (IRT)

Pencalonan ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM ) Universiti Putra Malaysia dalam International Relations Team (IRT), Persekutuan Pengakap Malaysia 2019

 

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) UPM / 12 Oktober 2019 (Sabtu)

Oleh Deweswary A/P Selvarajoo

UPM Serdang – Seorang ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) UPM, Deweswary A/P Selvarajoo telah dicalonkan untuk menyertai International Relations Team (IRT) di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia. Pemilihan calon dalam sesi temu duga dijalankan berdasarkan penglibatan dan pencapaian ahli-ahli Kelanasiswa Malaysia dalam unit kepengakapan. Sesi temu duga untuk pemilihan calon telah diadakan di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia pada 12 Oktober 2019 (Sabtu). Seramai 10 orang ahli Kelanasiswa Malaysia dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Malaysia telah menjalani ujian temu duga di bawah pengawasan Pemimpin-Pemimpin Pengakap Malaysia.

International Relations Team (IRT) telah dibentuk untuk mengkoordinasi perjalanan aktiviti yang melibatkan peryertaan dan penglibatan tetamu-tetamu khas dan ahli-ahli pengakap dari luar negara. Penubuhan International Relation Team (IRT) memberi peluang untuk membangunkan diri dengan nilai-nilai kepimpinan berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan keperibadian. Ini sejajar dengan hasrat Persekutuan Pengakap Malaysia untuk menyediakan program muda remaja yang berkualiti, berteraskan nilai-nilai murni melalui pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa membangunkan golongan remaja yang berguna untuk bangsa, agama dan negara. 

Date of Input: 21/10/2019 | Updated: 21/10/2019 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558
03 8946 7280
C1575994825