UPM Green Heartbeat 2018, Educate Visitors On Importance Of Recycling Practice | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » UPM Green Heartbeat 2018, Educate visitors on importance of recycling practice

UPM Green Heartbeat 2018, Educate visitors on importance of recycling practice

SYAFIQ TAYED & HANIS NABILAH, UPM 26 December 2018

SERDANG - Seramai 26 orang pelajar UPM Kursus Kokurikulum Berkredit Seni Penghujahan kumpulan 4, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan satu program kesedaran alam sekitar di Goat to Go (G2G) Maeps baru-baru ini dengan memfokuskan pada isu ancaman penggunaan plastik.

Program yang berlangsung selama sehari di bawah kelolaan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, telah berjaya mengumpulkan sekitar 150 pengunjung untuk sama-sama menyertai program tersebut dan antara aktiviti yang dilakukan seperti tutorial pembuatan produk menggunakan botol plastik terpakai telah dapat sambutan yang menggalakkan dari setiap lapisan usia terutamanya kanak-kanak.

Peserta kanak-kanak yang berjaya membuat produk berasaskan botol terpakai.

Pengarah program, Yosita Ramachandran yang juga pelajar tahun satu Ijazah Komunikasi UPM berkata, program ini dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar setiap daripada mereka perlu menggunakan kemahiran komunikasi persuasif yang telah dipelajari semasa menerangkan produk yang diperbuat daripada bahan buangan kepada para pengunjung.

Keluarga yang turut serta dalam Program ‘UPM Green Heartbeat 2018’

Katanya, sambutan yang ditunjukkan oleh para pengunjung amat memberangsangkan dan reaksi positif jelas terpancar pada wajah mereka semasa mengambil bahagian dalam aktiviti menghasilkan produk berasaskan botol plastik dan antara aktiviti utama yang dijalankan adalah seperti Pertandingan D.I.Y, pengucapan awam atas talian dan permainan kanak-kanak telah berjaya mendapat sambutan yang baik sepanjang program ini berlangsung.

Antara produk yang dihasilkan oleh peserta yang menyertai Pertandingan DIY kategori keluarga

Menurutnya, keluarga yang terpilih sebagai pemenang dalam pertandingan D.I.Y telah memenangi tiket percutian ke lokasi yang berbeza seperti tujuh tiket ke Melaka Wonderland, KLCC Aquaria, Zoo Negara dan pelbagai hadiah menarik lagi.

"Program ini diadakan bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kompetensi para mahasiswa UPM untuk berbicara secara retorik bahkan pada waktu yang sama memujuk masyarakat bermula daripada golongan cilik untuk cakna akan mudarat pembuangan plastik secara berleluasa dan impaknya terhadap alam sekitar," katanya.

Date of Input: 27/12/2018 | Updated: 22/01/2019 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558
03 8946 7280
B1566591008