UPM IN R, D & I EXPO SELANGOR | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » UPM IN R, D & I EXPO SELANGOR

UPM IN R, D & I EXPO SELANGOR

PELAJAR UPM BERPELUANG MENJADI SUKARELAWAN  DI R,D&I EXPO NEGERI SELANGOR, ANJUR SEMINAR HARTA INTELEK DAN PENGKOMERSIALAN INOVASI

KUALA LUMPUR, Okt. – Seramai 30 orang pelajar dari Kursus Inovasi dan Reka Cipta (QKI2101),Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengambil bahagian sebagai sukarelawan bagi menganjurkan Seminar Pengurusan Harta Intelek dan Pengkomersialan di MITEC, Kuala Lumpur.

Menurut Hafliza Hussin selaku fasilitator kursus berkenaan, tujuan utama penglibatan pelajar-pelajar ini sebagai sukarelawan adalah sebagai simulasi bagi pengajaran inovasi dan reka cipta untuk membentuk kemahiran insaniah dikalangan mereka.

"Program ini merupakan "learning by experiences" yang  secara langsung dapat membentuk tujuh kemahiran utama yang ingin diterapkan iaitu kemahiran sepanjang hayat, kepimpinan, komunikasi, pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah, keusahawanan,kerja berpasukan dan etika dan profesionalism. Disamping itu juga untuk melaksanakan modul pengurusan acara dan protokol yang turut dititik beratkan di dalam kursus kokurikum berkredit UPM."

"Selain daripada penganjuran seminar, mereka juga perlu melalukan tugasan  untuk membuat market survey bagi inovasi baharu dan mencari peluang untuk mendapatkan kerjasama daripada mana-mana pihak samada NGO, universiti atau industri bagi menjalankan program komuniti".

Dalam masa yang sama, pelajar-pelajar didedahkan dengan juga ilmu pengetahuan tentang pengurusan intelek dan pengkomersialan inovasi yang dihasilkan.

“Saya dan rakan-rakan rasa beruntung dapat menjadi ahli sukarelawan untuk seminar ini kerana kami diberi pendedahan untuk melaksana tugasan dengan baik agar acara ini dapat berjalan dengan lancar. Selain itu juga, kami juga dapat menambah ilmu pengetahuan tentang harta intelek dan pengkomersialan dari panel panel jemputan”, ulas Izzat Sabri selaku pelajar UPM Kursus Inovasi dan Reka Cipta”

Seminar pengurusan harta intelek dan pengkomersialan adalah anjuran Pejabat Setiausaha Kerjaan Negeri Selangor dengan kerjasama Putra Science Park UPM bersempena Expo R,D&I 2019 yang mensasarkan pembangunan penyelidikan dan pengkomersialan inovasi.

Date of Input: 13/11/2019 | Updated: 13/11/2019 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558
03 8946 7280
C1575992967