UPM Students Attract The Interest Of SM Science Banting Students To Recognize UPM Better | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » UPM students attract the interest of SM Science Banting students to recognize UPM better

UPM students attract the interest of SM Science Banting students to recognize UPM better

Mahasiswa UPM tarik minat pelajar SM Sains Banting untuk mengenali UPM dengan lebih mendalam

MUHAMMAD HAFIZ HANAFI, UPM Khamis | 23 Mei 2019
 

BANTING – Seramai 60 mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) memberi khidmat bakti kepada 120 pelajar sekolah melalui Program Semarak Jiwa Siswa UPM 2019 (SEJIWA UPM 2019) selama 2 hari 1 malam di Sekolah Menengah (SM) Sains Banting baru-baru ini.

 
 

Program ini dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum Pembangunan Pelajar UPM melalui Kursus Kokurikum Berkredit QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 4 dan 6 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SM Sains Banting.

Program ini turut disertai dua orang penasihat kursus Bakti Siswa berkenaan iaitu Muhammad Hafiz Hanafi dan Nurneqman Nashreq Kosni.

 

Program ini dapat memberi peluang kepada mahasiswa UPM untuk berkongsi ilmu akademik dan kemahiran insaniah kepada pelajar sekolah yang merupakan modal insan negara.

Sekali gus, menarik minat pelajar untuk mengenali UPM dengan lebih mendalam dan menerima pendedahan awal tentang cabaran hidup sebagai mahasiswa di universiti.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SM Sains Banting, Shahrom Palil berkata program seperti ini dapat membantu para pelajar memantapkan kemahiran insaniah selari dengan visi sekolah, iaitu melahirkan pemimpin bertaraf antarabangsa.

“Aktiviti-aktiviti dijalankan merangkumi aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK), slot motivasi diri, ceramah ambang ramadan, serta program lestari hijau.
"Semoga program ini menjadi satu motivasi dan inspirasi kepada pelajar untuk terus berusaha menjadi bakal graduan yang berkualiti daripada aspek penguasaan ilmu, penyampaian dan komunikasi berkesan menerusi aktiviti-aktiviti kepimpinan,” katanya.

Program selama dua hari satu malam itu berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan oleh pihak UPM dan sekolah.

Diharapkan dengan semua aktiviti yang telah dilaksanakan dapat memberi impak positif kepada para pelajar untuk dijadikan sebagai satu ilmu yang berguna pada masa akan datang.

Date of Input: 23/05/2019 | Updated: 23/05/2019 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558
03 8946 7280
C1568571344