UPM The First IPTA Has Three Land, Air And Marine Unit Scouts | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » UPM The first IPTA has three Land, Air and Marine Unit Scouts

UPM The first IPTA has three Land, Air and Marine Unit Scouts

SERDANG, 23 Mac - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof.Datin Paduka Dato’ Dr.Aini Ideris menerima pingat Rajawali Perak (Silver Hawk Medal Pengakap Udara) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia di Majlis Apresiasi dan Pelancaran Pengakap Udara dan Laut UPM di Dewan Kompleks Mahasiswa UPM hari ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Daerah UPM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM

Pingat disampaikan oleh Mejar Jeneral Prof. Dato Dr. Zin Bidin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Beliau berkata Pingat Rajawali Perak merupakan sebuah Pingat kedua tertinggi dalam unit Pengakap Udara.

"Pingat ini dianugerahkan kepada Datin Paduka bagi sumbangan beliau sebagai Yang DiPertua Majlis Pengakap KLKM UPM.

"Dengan jasa Prof Aini membentuk Pengakap Udara dan juga Pengakap Laut di UPM, ia menjadikan UPM sebagai IPTA pertama negara mempunyai Pengakap Kelanasiswa tiga unit iaitu darat, udara dan laut," kata Prof. Zin lagi.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Naib Cancelor HEPA Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM, Pesuruhjaya Pengakap Daerah UPM, Pegawai kanan UPM, barisan pemimpin dan jurulatih pengakap, Alumni KLKM UPM, staf dan pengakap KLKM UPM dan Pengakap Kelana dari luar.

Prof. Madya Dr. Paramasivam Muthusamy, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Penasihat KLKM UPM berkata Kumpulan KLKM ditubuhkan pada tahun 1987 dengan nama awa iaitu Kumpulan Latihan Pemimpin Pengakap (KLPP) yang dianggotai oleh 28 orang pelajar dari Universiti Sains Malaysia dan Universiti Pertanian Malaysia.

"KLKM UPM bergiat aktif dalam menganjurkan dan menyertai beberapa program KLKM Negeri dan Kebangsaan.

"UPM mewujudkan 2 unit yang baru iaitu Pengakap Udara di kampus Serdang dan Pengakap Laut di kampus Bintulu," kata Dr. Param.

Beliau berkata penubuhan itu ialah untuk menarik minat pelajar menyertai badan beruniform “value added” kepada pelajar untuk menjadi graduan holistik.

Tetamu lain yang hadir ialah Prof. Madya Dr.Abdul Rashid Mohamad, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM selain pelajar-pelajar kampus UPM dan kampus Bintulu.

Berita oleh CoSComm UPM

Date of Input: 25/03/2019 | Updated: 25/03/2019 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558
03 8946 7280
C1575996548